Wednesday, 21 March 2012

satu malam di temani air mata ~

sekarang aku betul2 sedey atas ape yang terjadi..begitu besar dan berat ujian mu yang telah kau beri pada ku yallah..sekarang aku telah kehilangan seorang insan yang selama ini aku gembira dengan dia,suka duka dengan dia,bergaduh,gelak ketawa dan semua nya bersama2 dengan dia..tapi hari ini aku dapat mesej dari dia yang mengatakan yang dia terpaksa berhenti kolej..masa 2 aku tidur,kawan rumah ku yang kejut ku dari tidur,tapi apa bila aku lihat handphone aku,aku buka mesej dia,air mata aku terus mengalir keluar tanpa henti..aku menangis senangisnya...aku hanya mampu menangis...aku masih lagi terbayang-bayang wajah nya ketika senyum..marah..dan muka manja nya ketika bersama ku...aku menangis sampai aku sukar untuk bernafas..aku cuma nak kan kenangan dulu..aku nak bersama2 dengan kau anis..aku rindu sangat kau malam nie anis..aku janji anis..kalau kau balik sini..aku tak kan lagi sakiti hati kau cam aku penah buat kau dulu..aku janji aku tak nak lagi ponteng kelas,aku janji tak kan bagi kau marah2 aku lagi bile aku tak pergi kelas,aku janji akan dengar semua cakap kau anis..anis...balik lah sini semula..aku perlu kan kau..aku rindu cubitan kau cam dulu..dulu tiap kali kita dating,aku mesti kena cubit dengan kau,sampai aku takut nak jumpa kau..tapi...bila kau dah takde kat sini..series aku cakap..aku rindu sangat cam dulu,aku dah tak kesah kalau kau nak cubit aku cam dulu,kau nak sepak kew,tendang kew,baling barang kat aku kew,kau buat lah..asal kan aku dapat lihat kau senyum ketawa..aku salu marah kau sebab aku nak pergimioi dengan kau tapi kau tak nak..aku mintak maaf anis..aku janji aku tak marah lagi pasal 2..tapi tolong lahhh!! balik semula puchong niee..hari nie dah banyak air mata aku keluar untuk kau anis..tapi kau tetap tak kembali..aku harap malam nie aku tidur kau hadir dalam mimpi ku,walau pun hanya mimpi...aku menyesal sangat sebab pagi tadi aku tak sempat teman kau naik bas..aku mintak maaf..masa 2 kepala aku pening,aku tak penah ase pening sampai cam 2 sekali,badan aku mengigil..aku jadi sukar untuk bercakap..sampai kawan aku cakap aku nie ambik "barang" ke pagi2 nie..kalau time 2 aku oke,aku sangup tunggu kau naik bas..menyesal sangat !!!!!!!! sekarang kau dah pun tinggal aku...aku dah kehilangan kau dari pandangan aku buat selama2 nya..tah bila lagi kita dapat bersama..aku takut kau makin jauh dari aku,,semalam 1 hari kita semua bersama2 budak umah kau kena kan hamid sebab hari jadi dia,aku tengok kau gembira sangat,tapi aku mintak maaf sebab aku dah tercalar kan jam tangan kau..maaf anis..lepas habis jew maen tepung kte bergamba,aku betul2 terkejut malam 2 anis,sebab kau nak bergamba berdua dengan aku,sebab sebelum nie kau tak nak walau pon aku paksa,sekarang baru aku tau,malam 2 adalah malam terakhir kau bersama aku,sebab 2 kau ikut jew semua kata2 aku..terima kasih anis..masa kita lepak kat kedai abc..aku pelik sangat..kali nie semua budak umah aku datang berkumpul satu meja tapi masa 2 semua nya diam kan?? 2 yang aku pelik sangat dengan malam 2..lupa nya malam 2 kehadiran diorang semua umpama untuk malam terakhir kita semua berkumpul......

ANIS...aku harap bila kau dah tak ada kat sini..kau jaga lah diri baik2 yew..jangan lupa kat kami semua yew?? kau ingat tak anis,dulu kau penah cakap kat aku camnie...

"kita ditakdir kan untuk bersama"

sampai sekarang aku ingat kata kau 2 anis...anis..kalau sekarang kau tengah baca blog aku.aku nak kau tahu,aku sayang sangat kat kau,aku rindu sangat gelak ketawa bersama dengan kau,cubitan kau,muka comel kau tiap kali kita bersama,semua 2 aku akan rindu..lagi satu hajat kita untuk habis kan " buku kita " 2 tak sempat kan..tak pe lah..semua nya dah berakhir anis..kau pon dah tak ada lagi kat sini...

anis..terima kasih sebab berkawan dengan aku dulu,terima kasih jugak sebab dah jadi kekasih aku selama nie..kau lah yang terindah bagi aku anis..semua kenangan kita aku akan simpan,aku takkan lupa sampai bila2.. cik mok,hehe dulu aku salu pngil kau cam 2,tapi sekarang kau dah takde,aku dah tak bole r kan nak cakap cam 2 lagi..ok lah anis..semoga kau dapat terus kan perjalanan kau tanpa kami semua,bawa lah diri baik2 yew..jangan lupa anis..
" sejauh mana pun kita pergi dan sebanyak mana pun masalah yang kita hadapi,jangan sesekali kita lupa pada solat "



Sunday, 18 March 2012

yang datang pasti akan pergi jua~

hai kepada pembaca2 di lua sana..apa khabar?? hehe semoga pembaca2 blog saya sehat sentiasa..hahaa..oke,topik kita pada hari ini adalah " yang datang pasti akan pergi jua "
  para pembaca mesti heran dan terkejut kan mengapa penulis menulis begini?? haa pembaca2 yang lembap boleh baca sampai habis blog nie supaya tahu mengapa penulis begini...
korang semua penah rasa tak bagaimana kehilangan seseorang yang kita sayang,seperti ahli keluarga,sahabat atau pon kekasih..hehee senyum2 jew korang semua kan..cam unta jew korang bila senyum..hahaa ttapi takpe,senyum kan sedekah..oke kita kembali pada topik kita...
penulis blog nie ingin cerita kan pengalaman yang dia sedang hadapi sekarang....

  pada tahun 2011,penulis blog ini telah melanjut kan pelajaran nya di negeri selangor,daerah puchong..beliau mengambil hospitality...sekarang beliau telah pun memasuki sem dua..pada awal sem,beliau berlajar di sebuah institusi kolej masa..beliau belajar,berkawan dan bergembira di sana..beliau membiase kan diri di tempat orangdi situ penulis mendapat ramai kawan2..lelaki dan juga perempuan..beliau sungguh gembira..pada suatu hari,beliau telah mengenali seorang wanita,wanita tersebut pada kebetulan belajar satu kolej dengan beliau..pada awal pengenalan mereka sungguh indah..sampai satu kelas beliau tahu yang penulis rapat dengan seorang gadis yang cantik dan comel,wanita itu mengambil kos bisnes,tidak sama dengan kos penulis..sepanjang pengenalan mereka,pelbagai fitnah dari mulut orang telah penulis dapat,sehingga kan mereka bergaduh dan hampir tidak lagi mahu berkawan..tapi semangat penulis untuk terus berkawan dengan gadis tersebut diterus kan..tidak lama kemudian,persilisihan faham telah berlaku antara kekasih gadis dengan penulis..mereka bergaduh,kerana kekasih gadis tersebut mengatakan bahawa penulis ingin menghancur kan hubungan mereka..pada ketika itu penulis hanya ingin menasihati mereka yang sedang bergaduh..pelbagai tomahan telah dilempar kan pada penulis..penulis berasa begitu sedih akibat difitnah sebegitu rupa sekali..kekasih gadih itu mengatakan pada penulis...

kekasih gadih > kau tak payah nak gangu dia,dia dah macam isteri aku,aku boleh jaga dia,aku boleh bagi kebahagiaan pada dia..

penulis > aku cuma nak berkawan dengan dia jew..aku cuma keluar lepak kat kedai minum jew sembang2 dengan kawan2 dia..

kekasih gadih > aku tak suka lelaki berkawan dengan dia,suatu hari nanti aku akan berkawin dengan dia,aku akan tanggung dia,aku memiliki harta,kau tak layak,kau tak berduit untuk tanggung dia..aku harap kau faham :)

penulis > ok aku faham..tapi ingat,allah tu maha adil..bila2 masa jew dia boleh tarik kesenangan kita..

kekasih gadis > ok :)

dengan kata2 kekasih gadih itu,penulis betul2 terasa,walau pon kekasih gadis tersebut memiliki harta dunia yang banyak,tapi kita tidak perlu lah nak menghina orang yang tidak berharta..tidak lama kemudian penulis tidak lagi bertegur kekasih gadis tersebut akibat beliau terasa..tidak lama kemudian perkara ini selesai jua..akhir nya gadis dan penulis berkawan semula seperti biasa walau pon pada ketika itu hati penulis mengata kan yang beliau tidak mahu lagi berkawan dengan gadis tersebut,namun hati nya lemah..penulis akhir nya buang perasaan ego itu jauh dari hidup nya..mereka berkawan dengan gembira..
beberapa bulan kemudian..penulis di fitnah lagi sekali dengan kawan baik gadis tersebut..kali ini gadis itu benar2 ingin jauh kan diri dari penulis..pelbagai meruyuan penulis pada gadis tersebut..sehingga kan penulis bawa diri jauh dari puchong..

selepas itu baru lah mereka berbaik semula..dan tiada lagi fitnah di lempar kan pada penulis..akhir nya meraka berdua telah memasuki sem dua..mereka berkawan seperti biasa..di pendek kan cerita akhir nya mereka couple jua..sweet nyee!! hehee..tapi..baru2 ini gadis itu mengatakan pada penulis yang gadis ini telah di bar semua subjek dan tidak dapat terus kan lagi pelajaran disini..hati penulis ketika itu remuk dah sedih kerana takut akan kehingan lagi gadis itu...setiap hari penulis tidak putus berdoa pada yang maha esa supaya kekal kan hubugan meraka dan jauhi segala masalah dalam hubungn meraka...

 adakah hubungan mereka berdua akan terhenti disini atau dapat diselamatkan??
nanti kan kesambungan cerita mereka ini dalam episod akan datang...

" dalam dunia percintaan pelbagai halangan dan risiko akan kita hadapi "

" bercinta ibarat bermain dengan api "

" curang adalah musuh percintaan "

Wednesday, 14 March 2012

geram gila !!

ok sekarang tajuk hari ini adalah tentang hati....kenapa hati?? ok bia aku terang kan nya pada pembaca2 di lua sana yang sedang baca blog saya ini...

ok,aku geram nie pada seseorang,aku mula geram pada dia apabila aku dapat tahu dia datang semula menggangu hidup seseorang nie..kadang2 aku tengok,kesian jugak hari2 badmod jew..aku dah cakap kat dia yang aku nak masuk campur dalam hal nie,tapi die cakap, '' aku tak nak ada orang lua masuk campur '' itu jew lah ayat yang kua dari mulut die..ok lah kalau die cakap cam 2,aku boleh terima lagi..tapi susah sangat kew nak bagi tahu kat lelaki tersebut yang die telah dimiliki dan mintak jangan gangu die lagi?????? kalau aku jadi die aku bagi jew tau,tpi nasib baik lah aku tak jadi dia..hehee..lelaki tu pon satu,dah dapat cinta baru tapi tak nak hargai..perempuan 2 dah ubah laki 2,tapi die boleh pulak cakap yang anis nie rampas laki 2 dari die,adudui..tak boleh blah ayat perempuan 2..WHAT EVER LAH  !!  kau nak cakap anis nak rampas dari kau laki 2 , tapi aku tahu sangat yang anis tak penah ada niat nak rampas laki 2 dari kau..cuma laki 2 jew yang gedik2 nak kat anis semula,mungkin laki 2 ingat yang anis dah maaf kan die and dia ingat anis nak seperti dulu..haaa  angkat tangan letak kat dada mata pandang ke atas..hahaaa..anis maaf kan kau sebab dia kena brainwash dengan member aku,hamid..sebab 2 lah dia maaf kan semua orang yang dah sakit kan hati die sebelum2 nie,die just maaf kan jew,bukan nak kacau hubungan kau wahai lelaki ! yang anis nie pon satu,nak maaf kan orang banyak cara,contoh nya kalau tak boleh maaf kan melalui kata2,melalui hati pon dah boleh,abis kalau 7ribu orang yang kau nak maaf kan,7ribu jugak lah kau nak bercakap ''aku maaf kan kau'' kat 7 ribu orang 2 ? cam 2 ?? adudui kau nie lah cik mok..tengok sekarang ape dah jadi?? sekarang die ingat kau nak kat dia semula...aku rase nak jew aku masuk campur dalam hal korang nie..tapi kau tak bagi,aku nie dokter penyelesai masalah lah wey..hahaa..sejak aku jumpa dokter semalam terus aku dah dapat satu aura dari dokter 2,aku lah dokter penyelesaian masalah..hahaa gitu gaya nya...lagi 1 mesej yang kau bagi kat anis malam tu betul2 bakar lah separuh hati aku,perkataan kau ialah,'' nak kena gigit nie''  peeehhhh ayat kau..memang nak makan kaki jew ase wey..sedap2 jew kau nak gigit die kan?? aku pon tak gigit die lagi,kau dah nak gigit die..hahaa..ape?? kau ingat nie cam lagu 2 kew..gigigigit telinga mu..hahaa cam 2 kew kau ingat ?? hello..2 lagu jew lah wey..sekarang nie realiti..tak kan kau nak gigit betul2 kot..tau lah sekarang anis dah gemok,kau sedap2 jew nak gigit kan..dari kau gigit baik kau potong2 lepas 2 masak,lagi best,lepas 2 boleh bagi2 sikit,kau ambik cikit,aku ambik cikit,ok tak idea aku ?? hehee..jangan marah yew anis..hahaa...

lepas nie aku harap kau tak gangu lagi anis,kesian aku tengok die 2,menangis,badmod dan sebagai nye lah..hahaa aku cakap nie cam orang yang aku tuju kan nie boleh nampak pulak kan..hahaa..tak pelah kalau die tak nampak,sape suruh die tak nak folow aku pnye blog nie..bukan aku suruh bayar pon kalau kau folow,kalau kau tak caya sangat kau boleh tanye datin2 yang dah folow aku 2..hahaa satu sen pon aku tak mintak dari diorang,cuma diorang jew nak bagi duit kat aku kata diorang sebagai tanda terima kasih sebab benar kan diorang folow aku,tapi aku tak nak pon,aku tak kesah pon sape2 nak folow aku punye blog nie..hahaa baik nye aku niee!! ''naik lif tekan sendiri'' hahaa..

ok lah nie jew lah coretan hati aku pada hari ini,tapi ingat lagi sekali kau buat aku marah,aku akan bertukar macam kat bawah nie.. :p






Wednesday, 7 March 2012

aku anak angkat~

hampir 18tahun aku jadi anak angkat...baru tahun nie aku dapat tau dari mulut ayah aku sendiri..kenapa sekarang baru nak cerita ? !! so makna nya dah kat 18tahun lah aku jadi anak angkat..aku benci sangat bila dapat tau aku nie anak angkat,rasa macam tak boleh terima semua yang jadi selama nie..kenapa dulu ayah aku tak buang betul2 jew,tengok sekarang,bila cerita nie dapat tau kan dah lain yang jadi..!!

hahaa mesti pembaca2 di lua sana heran kan?? mesti ingat aku nie anak angkat pada manusia kan?? hahaa korang nie memang gile kalau fikir macam tu..sebenar nye aku nie masih lagi anak kandung dari keluarga aku..sebenar nye aku nie anak angkat makhlus halus..haluuuss sangat sampai tak boleh nampak dengan mata kasar..cuma aku sorang jew hari2 nampak dia..oke sekarang aku akan mula kan cerita dari A sampai lah ke Z..

pada tahun 1993,aku dilahirkan ke bumi..tapi masa tu aku dilahir kan kalau tak silap,ikut kan cerita aku tak lahir kat hospital,,keluarga aku guna bidan,bidan nie ialah wanita yang berkemahiran dalam menyambut kelahiran anak,bidan nie mengguna kan alat2 tradisonal...

ketika aku hendak dilahirkan ke bumi,jam di dinding menunjukkan pukul berapa aku tak tau,tapi yang pasti adalah pagi,awan di langit masih lagi gelap gelita,kawasan rumah yang keluarga aku duduki pada masa itu agak sunyi..ketika ibuku hendak lahir kan aku,ayah aku hendak bawak ibu ku ke hospital tengku ampuan rahimah,tetapi ayah aku nie cepat menggelabah dan takut,biase lah,anak pertama,ayah aku tak tau nak buat apa ketika itu,kerana keluarga aku pada masa itu tidak memiliki kereta,ibu ku menjerit menahan kesakitan,ayah aku berlari keluar dan berhasrat untuk meminjam kereta jiran yang berdekatan,tetapi niatnya di halang oleh seorang nenek tua yang tiba2 berada disitu..wanita itu seperti tahu akan pagi ini ada kelahiran akan terjadi..ayah aku tanpa berfikir panjang meminta tolong pada wanita itu untuk tolong ibuku di dalam rumah..wanita itu menyambut aku,dan aku selamat dilahir kan kebumi...wanita itu mengumpul kan kain2 dan uri aku dalam satu plastik dan menyuruh ayah aku tanam si bawah suatu pokok yang di tunjukkan oleh wanita itu..ayah aku tanpa berlengah mumbuat satu lubang di bawah pokok tersebut dan terus tanam sekali plastik yang diberi kan oleh wanita tadi..akhir nya semua nya selamat..kebesokan harimya,nenek aku di kapar datang ke rumah untuk melihat keadaan ibuku..nenek aku bertanya pada ayah tentang uri,ayah aku memberi tahu nenek aku segalanya..nenek aku terkejut dan marah ayah kerana tidak membersih kan darah2 yang berada di kain dan uri aku...nenek menyuruh ayah menggali semula tempat dimana uri dan kain tersebut ditanam...apabila ayah siap menggali nenek dan ayah menjadi heran apabila plastik yang telah ditanam semalam tiada...

selang beberapa hari selepas itu..jiran aku datang ke rumah untuk melihat keadaan ibuku..sedang rancak berbual,salah seorang daripada mereka bertanya,siapa yang berada pada waktu tengah malam di bawah pokok tempat plastik tersebut..nenek,ayah dan ibuku heran,kerana tiada sesiapa ketika itu...jiran aku bertanya lagi,siapakah bidan yang datang ke rumah untuk menyambut aku?? ayah aku memberi tahu segala nya kepada mereka..mereka terkejut dan berkata bahawa bidan tersebut ada memiliki ilmu hitam,dan perkara yang sama juga penah terjadi pada jiran yang lahir kan aniak,bidan tersebut tidak membenar kan ikatan plastik itu dibuka dan harus menanam nya sekali..dan selamg beberapa jam,bila digali semula hanya lah yang tinggal plastik dan kaen yang kotor tanpa ada setitik pon darah...

akhir nya,baru lah keluarga aku tahu,hari kejadian tersebut terjadi,yang berada bawah pokok tersebut adalah penanggal bidan itu sendiri,bidan itu memakan uri dan darah2 yang berada disitu...nasi dah menjadi bubur..segala nya dah terlambat..aku besar dengan sempurna,umur aku ketika itu lebih kurang 4 tahun..bidan yang dicerita telah hilang entah kemana,dan mulai hari itu lah aku dapat melihat bidan tersebut sentiase bersama2 aku kemana sahaja aku berada..malahan aku dapat melihat makhluk2 lain...aku sering memberi tahu ibubapa aku tentang apa yang aku sering lihat setiap masa..mereka tidak percaya terhadap kata2 aku..

kadang bila aku kesorangan,aku nampak macam2 yang berada sekitar aku..contohnye...aku dapat lihat lembaga berlega2 di ruang tamu dan tembus ke dinding dengan begitu dan hilang dari pandangan..ada juga yang sering berdiri tanpa bergerak,cuma mata nya yang merah sahaja berrgerak gerak seperti mencari sesuatu,makhluk ini sering berdiri di penjuru2 rumah..,ada juga aku lihat sering bermain di dalam bilik tidur ketika tiada orang didalam bilik,selalu nya makhluk ini hanya berada dalam bilik pada waktu tengah2 malam..makhluk sering bediri depan cermin kadang2 mengintai dari tingkap...ada juga yang sopan masuk ikut pintu depan,ada yang jenis ketuk,tetapi ketukan nya berbeza,ketuk laju dan senyap dan ketuk lagi berulang2..dan ada yang ketuk dan memanggil manggil nama dengan sopan..tapi ada juga yang terus masuk dan terbang dan masuk ke bilik air..pelbagai lagi aku dapat lihat sampai tak larat nak menulis satu persatu..

tapi sekarang alhamdulilah..keluarga aku dah membawa aku berjumpa ustaz dan mereka dapat mengeluar kan bende tersebut dari hidup aku..aku di mandi kan dengan air campuran apa aku tidak pasti..sekarang aku masih lagi dalam keadaan berubat..hanya bisa2 yang keluar sikit demi sikit dari badan aku..memang seksa menahan sakit sekarang ini..sakit...sakit sangat...hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sakit nya jasat aku ini...sekarang aku dalam proses untuk mandi lagi..aku berharap selepas ini,benda tersebut tidak datang mencari aku lagi..aku dan kau berbeza,kita memiliki dunia berbeza..maaf kan aku..aku terpaksa buat begini,aku tak sanggup lagi menanggung kesakitan dan aku tak nak menjadi anak angkat kepada makhluk dari dunia lain..selepas ini aku harap kau dapat terus kan hidup di dunia kau tanpa aku,dan aku akan terus kan hidup aku di dunia yang fana ini..

sekian sahaja cerita aku pada episod ini..jangan ketinggalan dengan cerita2 aku yang akan datang selepas ini..ok lah..dah nak subuh nie..aku nak balik ketempat asal aku semula..aku terbang dulu yew..selamat tinggal~