Wednesday, 7 March 2012

aku anak angkat~

hampir 18tahun aku jadi anak angkat...baru tahun nie aku dapat tau dari mulut ayah aku sendiri..kenapa sekarang baru nak cerita ? !! so makna nya dah kat 18tahun lah aku jadi anak angkat..aku benci sangat bila dapat tau aku nie anak angkat,rasa macam tak boleh terima semua yang jadi selama nie..kenapa dulu ayah aku tak buang betul2 jew,tengok sekarang,bila cerita nie dapat tau kan dah lain yang jadi..!!

hahaa mesti pembaca2 di lua sana heran kan?? mesti ingat aku nie anak angkat pada manusia kan?? hahaa korang nie memang gile kalau fikir macam tu..sebenar nye aku nie masih lagi anak kandung dari keluarga aku..sebenar nye aku nie anak angkat makhlus halus..haluuuss sangat sampai tak boleh nampak dengan mata kasar..cuma aku sorang jew hari2 nampak dia..oke sekarang aku akan mula kan cerita dari A sampai lah ke Z..

pada tahun 1993,aku dilahirkan ke bumi..tapi masa tu aku dilahir kan kalau tak silap,ikut kan cerita aku tak lahir kat hospital,,keluarga aku guna bidan,bidan nie ialah wanita yang berkemahiran dalam menyambut kelahiran anak,bidan nie mengguna kan alat2 tradisonal...

ketika aku hendak dilahirkan ke bumi,jam di dinding menunjukkan pukul berapa aku tak tau,tapi yang pasti adalah pagi,awan di langit masih lagi gelap gelita,kawasan rumah yang keluarga aku duduki pada masa itu agak sunyi..ketika ibuku hendak lahir kan aku,ayah aku hendak bawak ibu ku ke hospital tengku ampuan rahimah,tetapi ayah aku nie cepat menggelabah dan takut,biase lah,anak pertama,ayah aku tak tau nak buat apa ketika itu,kerana keluarga aku pada masa itu tidak memiliki kereta,ibu ku menjerit menahan kesakitan,ayah aku berlari keluar dan berhasrat untuk meminjam kereta jiran yang berdekatan,tetapi niatnya di halang oleh seorang nenek tua yang tiba2 berada disitu..wanita itu seperti tahu akan pagi ini ada kelahiran akan terjadi..ayah aku tanpa berfikir panjang meminta tolong pada wanita itu untuk tolong ibuku di dalam rumah..wanita itu menyambut aku,dan aku selamat dilahir kan kebumi...wanita itu mengumpul kan kain2 dan uri aku dalam satu plastik dan menyuruh ayah aku tanam si bawah suatu pokok yang di tunjukkan oleh wanita itu..ayah aku tanpa berlengah mumbuat satu lubang di bawah pokok tersebut dan terus tanam sekali plastik yang diberi kan oleh wanita tadi..akhir nya semua nya selamat..kebesokan harimya,nenek aku di kapar datang ke rumah untuk melihat keadaan ibuku..nenek aku bertanya pada ayah tentang uri,ayah aku memberi tahu nenek aku segalanya..nenek aku terkejut dan marah ayah kerana tidak membersih kan darah2 yang berada di kain dan uri aku...nenek menyuruh ayah menggali semula tempat dimana uri dan kain tersebut ditanam...apabila ayah siap menggali nenek dan ayah menjadi heran apabila plastik yang telah ditanam semalam tiada...

selang beberapa hari selepas itu..jiran aku datang ke rumah untuk melihat keadaan ibuku..sedang rancak berbual,salah seorang daripada mereka bertanya,siapa yang berada pada waktu tengah malam di bawah pokok tempat plastik tersebut..nenek,ayah dan ibuku heran,kerana tiada sesiapa ketika itu...jiran aku bertanya lagi,siapakah bidan yang datang ke rumah untuk menyambut aku?? ayah aku memberi tahu segala nya kepada mereka..mereka terkejut dan berkata bahawa bidan tersebut ada memiliki ilmu hitam,dan perkara yang sama juga penah terjadi pada jiran yang lahir kan aniak,bidan tersebut tidak membenar kan ikatan plastik itu dibuka dan harus menanam nya sekali..dan selamg beberapa jam,bila digali semula hanya lah yang tinggal plastik dan kaen yang kotor tanpa ada setitik pon darah...

akhir nya,baru lah keluarga aku tahu,hari kejadian tersebut terjadi,yang berada bawah pokok tersebut adalah penanggal bidan itu sendiri,bidan itu memakan uri dan darah2 yang berada disitu...nasi dah menjadi bubur..segala nya dah terlambat..aku besar dengan sempurna,umur aku ketika itu lebih kurang 4 tahun..bidan yang dicerita telah hilang entah kemana,dan mulai hari itu lah aku dapat melihat bidan tersebut sentiase bersama2 aku kemana sahaja aku berada..malahan aku dapat melihat makhluk2 lain...aku sering memberi tahu ibubapa aku tentang apa yang aku sering lihat setiap masa..mereka tidak percaya terhadap kata2 aku..

kadang bila aku kesorangan,aku nampak macam2 yang berada sekitar aku..contohnye...aku dapat lihat lembaga berlega2 di ruang tamu dan tembus ke dinding dengan begitu dan hilang dari pandangan..ada juga yang sering berdiri tanpa bergerak,cuma mata nya yang merah sahaja berrgerak gerak seperti mencari sesuatu,makhluk ini sering berdiri di penjuru2 rumah..,ada juga aku lihat sering bermain di dalam bilik tidur ketika tiada orang didalam bilik,selalu nya makhluk ini hanya berada dalam bilik pada waktu tengah2 malam..makhluk sering bediri depan cermin kadang2 mengintai dari tingkap...ada juga yang sopan masuk ikut pintu depan,ada yang jenis ketuk,tetapi ketukan nya berbeza,ketuk laju dan senyap dan ketuk lagi berulang2..dan ada yang ketuk dan memanggil manggil nama dengan sopan..tapi ada juga yang terus masuk dan terbang dan masuk ke bilik air..pelbagai lagi aku dapat lihat sampai tak larat nak menulis satu persatu..

tapi sekarang alhamdulilah..keluarga aku dah membawa aku berjumpa ustaz dan mereka dapat mengeluar kan bende tersebut dari hidup aku..aku di mandi kan dengan air campuran apa aku tidak pasti..sekarang aku masih lagi dalam keadaan berubat..hanya bisa2 yang keluar sikit demi sikit dari badan aku..memang seksa menahan sakit sekarang ini..sakit...sakit sangat...hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sakit nya jasat aku ini...sekarang aku dalam proses untuk mandi lagi..aku berharap selepas ini,benda tersebut tidak datang mencari aku lagi..aku dan kau berbeza,kita memiliki dunia berbeza..maaf kan aku..aku terpaksa buat begini,aku tak sanggup lagi menanggung kesakitan dan aku tak nak menjadi anak angkat kepada makhluk dari dunia lain..selepas ini aku harap kau dapat terus kan hidup di dunia kau tanpa aku,dan aku akan terus kan hidup aku di dunia yang fana ini..

sekian sahaja cerita aku pada episod ini..jangan ketinggalan dengan cerita2 aku yang akan datang selepas ini..ok lah..dah nak subuh nie..aku nak balik ketempat asal aku semula..aku terbang dulu yew..selamat tinggal~

1 comment:

  1. pehh seram arr sial..bole plak ko citer kt sini..hahaha

    ReplyDelete